10.23.2009

Hujan dari hati...

Titis-titis hujan rintik
Kuharapkan ia bukan hasil daripada kesedihan
Jua bukan dari dendam kebencian
Kuharapkan ia adalah azimat kecintaan
Jua sebagai bukti kerinduan
Yang lahir tulus dari hati
Kerana Allah Yang Maha Esa

Titis-titis hujan turun bertimpa-timpa...
Moga bisa menjadi baja
Menyirami kuntuman ukhuwwah yang kian layu
Agar kembali mekar menguntum,
Mewangi ke segenap penjuru alam


Ya Allah,
moga titis-titis hujan
yang lahir dari nubari
adalah ikhlas keranaMu
agar ia tidak dapat disapa,
digoda sang iblis laknatullah...

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia,
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah, akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman,
keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu.
Jika Engkau mentaqdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah perkenankanlah permintaan ini....

*Ya Allah, kurniakan kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi segala ujian dan mihnah daripadaMu Ya Allah,..

Teringat dialog dalam drama Cinta Sempurna,

"Kenapa mengeluh? Tak baik mengeluh, keluh kesah dengan ujian Allah. Tak ikhlas dengan Allah tu namanya,.."

Pesanan buat diri,. sabar, sabar, dan terus bersabar. Pasakkan keyakinanmu pada Yang Satu, kerana Dia Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, jua Maha Memberi...

From: along nazirah

10.12.2009

Waktu gempa di Padang menyamai 3 nas al-Quran

Kejadian suatu kebetulan yang perlu direnungi, insafkan umat ingkar suruhan Ilahi

Beberapa hari yang lepas,saya ada terbaca satu rencana di dalam senaskhah akhbar iaitu berita harian.Mungkin rencana ini perlu kita kongsi dan renungkan bersama.

Segala kejadian di muka bumi adalah ketetapan Allah SWT.Demikian juga dengan musibah gempa yang berlaku di Padang,Sumatera.Kebetulan juga waktu terjadi musibah itu dengan kaitan surah dan ayat yang ada hubungannya dalam kitab suci al-Quran al Karim.

Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16petang,kemudian susulan gempa pada pada jam 17.58petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).

Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16)bermaksud:"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu(supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur hancurnya."

Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58)bermaksud:"Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz)."

Jam 08.52(surah ke-8, al Anfal, ayat 52)bermaksud:"(Keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya.Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya."
Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera.Mengenai azab Allah kehancuran dan kematian serta kaitannya dengan hidup mewah dan derhaka.

Dengan pelbagai "kebetulan" yang Allah SWT sampaikan ketika musibah itu,Allah jelas hendak mengingatkan kita.Apakah ia sekadar kebetulan di sebalik rahsia kejadian tanpa mengandungi pengajaran? Apakah mesej Allah itu akan mengubah kita agar lebih berhati-hati dan taat perintah dan menjahuhi larangan-Nya?SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN.

Freedoom

Sanakhudu

Quran reading